Isnin, 18 Februari 2013

Puyu Oh PuyuKu

Setelah lama tak memancing kini baru mula nak memancing. Saja suka-suka memancing. Tak dapat ikan pun tidak mengapa, janji memancing. Sungai ke..laut ke..parit ke aku bedal aje. Baru-baru ni aku pergi memancing dengan adik ipar aku kat sungai segamat..tempat memacing memang hebat kerana belakang kid mart segamat. Parking kereta berbumbung lagi..siap guna tandas pasaraya tu lagi..memang hebat. Guna pancing baru, umpan cacing koreh kat perdu pisang bapa mertua selain tu beli juga cengkerek RM2 kat kedai ikan depan jalan masuk kg jawa segamat. Tapi yang boringnya ikan sekor pun xdapat..nak guna joran baru pun bertateh lagi. Disebabkan umpan cengkerek banyak lagi aku bawa balik ke Melaka cadang nak pancing puyu kt parit area rumah aku. Punya la lama nak tunggu kedai pancing buka coz cuti raya cina. Akhirnya dapat juga aku beli pancing puyu. Ini lagi satu masalah coz pancing puyu ni pun 1st time aku beli and guna. Kalau kat kampung dulu guna buluh aje. Apa pun aku teruskan niat memancing. Time tu hujan gerimis berbekalkan umpan cengkerek aku pun memancing puyu di parit tersebut. Akhirnya dapat juga aku ikan puyu. Tapi yang malangnya sekor tu aje yang aku dapat hingga sekarang.(info- ikan puyu biasanya umpan cacing, mana guna cengkerek).Walaupun aku guna cacing tetap tak dapat lagi...entah la ikan puyu dah kenyang kot..hihi..

Sabtu, 2 Februari 2013

Tabung Buluh

Tabung Buluh ini khas Aku buat untuk anak-anak kesayanganku. Tabung yang tinggi tu untuk anak sulungku iaitu Aina Najwa dan yang pendek sikit tu untuk anak kedua ku Aina Yasmin. Tabung Buluh merupakan tradisi menabung untuk kanak-kanak melayu zaman dahulu. Masa dahulu mana ada tabung-tabung duit yang macam sekarang. Sekarang mudah pergi ke Kedai 2 ringgit bersepah tabung dijual harga pun murah. Aku sukakan tradisi tabung buluh jadi Aku mahu anak-anak aku tahu tradisi tersebut. Sebenarnya guna tabung apa pun sama saja asalkan niatnya adalah untuk menabung untuk masa hadapan. Walaupun sepuluh sen sehari kalau lama-lama dikumpul nak beli kereta pun boleh tau. Selamat menabung ye anak-anakku. Jangan jadi Macam zaman kanak-kanakku, lineclear aje apa lagi ambil lidi korek tabungla buat beli aiscream dan keropok(Utara).

Rabu, 30 Januari 2013

Liga Super Fantasi 1

Aku baru aje join main liga super fantasi ni. Dapatla main dalam 2 kali perlawanan mingguan..now rest time lagi 12 hari lagi liga akan bermain semula. Buat masa ini team aku baru dapat 80 point..aku tengok yang lama join and berada pada 1st ranking 246 mata dah. Mampukah aku mengejar mata tersebut..saksikan hingga akhir musim...go go go my team.

Pendidikan Jasmani Tahun 3 (KSSR) Pergerakan Berirama

1. Pergerakan step-close 2. Pergerakan schottische 3. Pergerakan polka 4. Pergerakan grapevite Nampak senang tetapi susah jugak pergerakan ini tetapi berjaya juga akhirnya anak murid aku membuatnya.

Joran Pancing

Dua hari yang lepas aku baru aje beli joran pancing. Nak memancing katakan. Beli sampai dua, tamak betul. Tapi satu aje yang aku punya, satu lagi adik ipar aku punya. Dia suruh beli so aku belikan la. Cadang nak memancing time balik kampung wife. Saja buang boring asyik lepak kat rumah aje memang boring. Satu warna merah lagi satu warna biru. Adik ipar aku cakap nak yang warna biru jadi merah aku punya la. Aku beli siap dengan mata kail dan lain-lain lagi. Semua dalam RM155.00aje tu dah diskaun tu. Harga jorang murah aje satu RM 69.00 harga promosi. Sebenarnya dah lama dah aku tengok-tengok joran tu kat kedai tu tapi time and RM aje xde. So ade diut sikit aku terus aje beli. Wife aku cakap lepas ni berkilo la ikan yang kami akan dapat, insyallah kalau ade rezeki.Tapi rasa macam diperli aje. Aku xkisah janji boring hilang. Dulu time remaja n zaman kanak-kanak aku memang suka memancing tapi guna joran buluh aje selalunya aku akan memancing dengan bapa aku. Ikan yang kami pancing boleh dikatakan selalunya akan dimasak oleh mak aku dan mak aku selalunya akan goreng atau gulaikan aje ikan tu. Ikan baung kegemaranku.Walaupun dan bertahun aku xpernah memancing tetapi skill memancing tu tetap ada dalam diriku.Nantikan ikan apa yang pertama akan memakan umpanku hihi hi.

Selasa, 29 Januari 2013

4KM berjalan dengan tujuan

23 Jan 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434H, sempena hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Pagi-pagi lagi aku dan warga sekolah telah berkumpul di Stadium Hang Tuah untuk berarak ke Masjid Al-Azim. Semua warga sekolah terlibat tetapi dikecualikan juga bagi mereka yang kurang stamina. 4KM berjalan beramai-ramai terasa dekat sahaja. Malu pun ada kerana ramai penonton yang memandang ditepi jalan.

Rindukan EMIS dan Kamera

2013, portfolio aku telah berubah. Dulu aku full dipertanggungjawabkan tentang data EMIS tetapi kini telah dikurangkan fungsi tugasan tersebut cuma sebagai penyelia data EMIS kerana pihak kementerian telah menghantar kerani rintis media dan data (kontrak). Melaka adalah sebagai rintis untuk perjawatan tersebut (percubaan setahun). Maka kini tugas mengemaskinikan data sekolah telah aku serahkan kepadanya tetapi dengan pengawasan aku juga.10 tahun aku memegang jawatang sebagai Guru EMIS (data maklumat) pelbagai ragam dan bentuk program aku jumpa. Ini semua telah mematangkan aku.Kini jadual waktu aku telah berubah daripada 15 waktu kepada 23 waktu dan buat kali pertamanya dalam sejarah aku sebagai seorang pendidik diberi tugas mengajar Matematik tahun 1 pengukuhan. Seronok juga mengajar subjek Matematik ini.Jika sepuluh tahun lalu kerja aku banyak melibatkan tugasan pengkeranian, kini baru aku dapat rasa nikmat menjadi seorang guru dengan mengajar. Seterusnya portfolio unit HEM daripada unit buletin telah berubah kepada unit pengawas. Lebih kurang 9 tahun jugak aku sebagai ketua unit buletin. Satu perubahan yang aku inginkan dari dulu lagi. Majlis perlantikan pengawas 2013 telah aku sempurnakan pada 13 Jan 2013. Portfolio sebagai ketua panitia PJK masih tidak berubah.Tahun ini aku berazam akan menjadi ketua panitia yang berdedikasi terhadap pengurusan panitia ini.

Isnin, 14 Mei 2012

Mesyuarat EMIS kat BpKhas, Putrajaya

14 mei 2012..aku bermesyuarat di Bahagian Pendidikan Khas, Putrajaya.Mesyuarat Pengemaskinian Data EMIS...Jumpa kwn2 yang sama2 buat EMIS seluruh Malaysia..32buah sekolah ,sekolah khas. Driver dari Melaka pukul 6.45pg..naik lebuhraya pukul 7.40pg..140km/j...terus keluar tol Kajang n terus ke Putrajaya.Nasib baik aku masih ingat lg jalan..tapi hampeh bab parking xde..n tak boleh msk..last dapat juga parking..jauh gak menapak..lambat masuk meeting..all dah masuk..buat bodoh aje..Yang paling hampeh Bpkhas umum sekolah yang xhantar data..nama sekolah aku xdisebutnya...alamak apa nak buat..cek2 bukan aku yg buat..n send..ni mesti kerani sekolah aku yang buat..tapi xpe nanti aku la kt sekolah ngan GPK 1..senang.

Ahad, 22 April 2012

Test-Test Editing

Ok tak hasil kerja aku..wife jadi model..editing photo..hihi..gambar ni diambil pakai kamera nikon biasa aje bukan DSLR tau..tempat shoot kat sg baru, kuala kurau perak..time kenduri rumah sepupu bulan l2/2011.Nanti ada lagi gambar yang akan aku buat ujikaji hi hi.tunggu ye.

Selasa, 10 April 2012

Maksud Namaku- Saiful Saad

Saiful bermaksud Pedang, Saad bermaksud Kebahagiaan


Sebenarnya aku pun dah tau lama dah maksudnya,saja ye nak postkan dalam blog ni. Buat aku ingat bahawa pedang bukan hanya untuk berperang tetapi untuk kebahagian jugak.betul tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...