Rabu, 30 Januari 2013

Liga Super Fantasi 1

Aku baru aje join main liga super fantasi ni. Dapatla main dalam 2 kali perlawanan mingguan..now rest time lagi 12 hari lagi liga akan bermain semula. Buat masa ini team aku baru dapat 80 point..aku tengok yang lama join and berada pada 1st ranking 246 mata dah. Mampukah aku mengejar mata tersebut..saksikan hingga akhir musim...go go go my team.

Pendidikan Jasmani Tahun 3 (KSSR) Pergerakan Berirama

1. Pergerakan step-close 2. Pergerakan schottische 3. Pergerakan polka 4. Pergerakan grapevite Nampak senang tetapi susah jugak pergerakan ini tetapi berjaya juga akhirnya anak murid aku membuatnya.

Joran Pancing

Dua hari yang lepas aku baru aje beli joran pancing. Nak memancing katakan. Beli sampai dua, tamak betul. Tapi satu aje yang aku punya, satu lagi adik ipar aku punya. Dia suruh beli so aku belikan la. Cadang nak memancing time balik kampung wife. Saja buang boring asyik lepak kat rumah aje memang boring. Satu warna merah lagi satu warna biru. Adik ipar aku cakap nak yang warna biru jadi merah aku punya la. Aku beli siap dengan mata kail dan lain-lain lagi. Semua dalam RM155.00aje tu dah diskaun tu. Harga jorang murah aje satu RM 69.00 harga promosi. Sebenarnya dah lama dah aku tengok-tengok joran tu kat kedai tu tapi time and RM aje xde. So ade diut sikit aku terus aje beli. Wife aku cakap lepas ni berkilo la ikan yang kami akan dapat, insyallah kalau ade rezeki.Tapi rasa macam diperli aje. Aku xkisah janji boring hilang. Dulu time remaja n zaman kanak-kanak aku memang suka memancing tapi guna joran buluh aje selalunya aku akan memancing dengan bapa aku. Ikan yang kami pancing boleh dikatakan selalunya akan dimasak oleh mak aku dan mak aku selalunya akan goreng atau gulaikan aje ikan tu. Ikan baung kegemaranku.Walaupun dan bertahun aku xpernah memancing tetapi skill memancing tu tetap ada dalam diriku.Nantikan ikan apa yang pertama akan memakan umpanku hihi hi.

Selasa, 29 Januari 2013

4KM berjalan dengan tujuan

23 Jan 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434H, sempena hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Pagi-pagi lagi aku dan warga sekolah telah berkumpul di Stadium Hang Tuah untuk berarak ke Masjid Al-Azim. Semua warga sekolah terlibat tetapi dikecualikan juga bagi mereka yang kurang stamina. 4KM berjalan beramai-ramai terasa dekat sahaja. Malu pun ada kerana ramai penonton yang memandang ditepi jalan.

Rindukan EMIS dan Kamera

2013, portfolio aku telah berubah. Dulu aku full dipertanggungjawabkan tentang data EMIS tetapi kini telah dikurangkan fungsi tugasan tersebut cuma sebagai penyelia data EMIS kerana pihak kementerian telah menghantar kerani rintis media dan data (kontrak). Melaka adalah sebagai rintis untuk perjawatan tersebut (percubaan setahun). Maka kini tugas mengemaskinikan data sekolah telah aku serahkan kepadanya tetapi dengan pengawasan aku juga.10 tahun aku memegang jawatang sebagai Guru EMIS (data maklumat) pelbagai ragam dan bentuk program aku jumpa. Ini semua telah mematangkan aku.Kini jadual waktu aku telah berubah daripada 15 waktu kepada 23 waktu dan buat kali pertamanya dalam sejarah aku sebagai seorang pendidik diberi tugas mengajar Matematik tahun 1 pengukuhan. Seronok juga mengajar subjek Matematik ini.Jika sepuluh tahun lalu kerja aku banyak melibatkan tugasan pengkeranian, kini baru aku dapat rasa nikmat menjadi seorang guru dengan mengajar. Seterusnya portfolio unit HEM daripada unit buletin telah berubah kepada unit pengawas. Lebih kurang 9 tahun jugak aku sebagai ketua unit buletin. Satu perubahan yang aku inginkan dari dulu lagi. Majlis perlantikan pengawas 2013 telah aku sempurnakan pada 13 Jan 2013. Portfolio sebagai ketua panitia PJK masih tidak berubah.Tahun ini aku berazam akan menjadi ketua panitia yang berdedikasi terhadap pengurusan panitia ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...