Isnin, 9 April 2012

Wang Kertas dan Syiling Baru 2012


Gambar di atas ialah duit kertas dan syiling ringgit Malaysia yang akan dikeluarkan pada Julai 2012. Apa yang uniknya duit kertas RM 20 yang bewarna oren merupakan salah satu duit kertas yang diperkenalkan semula oleh pihak bank negara.

JULAI 2012?..aku rasa aku dah dapat..time shopping kt tesco melaka baru-baru ni..syiling 20sen..syiling tu aku beri kat anak aku..entahla dia buang or masuk tabung..rasanya tabung kot.

Ikan Kelisa-Sungai Kerian.

Duduk rumah saja-saja teringat pulak kt kampung, dah lama jugakla aku x balik kampung. Kat sini aku bukannya nak cerita pasal hal aku tapi hal ikan kelisa yang mahal tu. Kampung aku memang top dengan kelisa ni, kampung dekat area Sungai Kerian. So masa kecil-kecil dulu tu la tempatnya aku pergi memancing atau ikut bapak aku menempang(membubu). Tapi xpernah pun dapat ikan tu..hi hi.Tengok kelibatnya dalam air adala sekali.So sedang boring-boring ni aku belek laman web berkenaan ikan kelisa.Kat sini aku postkan apa yang patut aku kongsi ngan korang.

Sungai Kerian adalah sungai yang memisahkan negeri Kedah dan Perak.Sungai ini merupakan nadi kepada daerah Bandar Baharu yang mempamerkan keindahan alam semulajadi dengan kepelbagaian flora dan fauna.Tebingnya ditumbuhi pelbagai tumbuhan seperti paku pakis,nibong,rasaw,mengkuang,herba dan sebagainya.
Kawasan Sungai Kerian ini sejak dahulu lagi merupakan tumpuan orang ramai untuk aktiviti menangkap pelbagai spesis ikan air tawar yang bernilai tinggi.Keistimewaannya sungai ini ini dihuni oleh spesis ikan yang termahal di dunia,iaitu ikan Kelisa atau Arowana atau nama saintifiknya iaitu Scleropages Formosus.
Kegiatan nelayan di sini merupakan kegiatan turun temurun sejak tahun 80 an lagi.Antara spesis lain yang menghuni sungai ini termasuklah baung,lampam,haruan,toman,sepat dan puyu.Spesis ikan hiasan di sini termasuklah Kelisa,sebarau dan kelah.
Kelisa Emas atau Golden Arowana merupakan buruan nelayan setiap masa terutamanya pada musim pembiakan pada hujung tahun.Memang dahulu Kelisa banyak dan begitu mudah ditangkap di sungai Kerian.Permintaannya dengan harga yang tinggi kin menyebabkan spesis ini diancam kepupusan.Harga tertinggi Kelisa boleh mencapai RM 2000 bersaiz 2 inci!
Selain diburu oleh manusia,ikan ini turut berhadapan ancaman pencemaran bahan kimia dan sisa pertanian.Ikan Kelisa merupakan ikan yang dilindungi oleh Akta Perikanan 1985 -Kaedah-Kaedah Perikanan (sungai) 1990.Spesis ini disenaraikan dibawah Convertion On International Trade Of Endangered Species ( CITES ).Jika disabitkan keslahan,pesalah boleh didenda sehingga RM 5000 atau dipenjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Antara faktor kepupusan Kelisa sekarang di Sungai Kerian adalah:
•Pemburuan secara berleluasa.
•Pencemaran sungai
•Tabiat ikan Kelisa sebagai'surface feeder' yang memudahkannya ditangkap.
•Harga dan permintaan yang tinggi
•Kadar motaliti(benih ikan baru ) yang rendah
•Kurang kesedaran orang ramai tentang pentingnya menjaga khazanah alam semulajadi
Langkah yang positif perlu diambil bagi menjaga kesinambungan hayat ikan ini.Proses pengurusan,pemuliharaan dan perlindungan sumber ikan yang bersepadu merupakan pilihan terbaik seperti:

•Mewartakan zon-zon atau habitat semulajadi ikan Kelisa seperti mewujudkan santuari Kelisa
•Menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 melalu pemantaun dan perundangan.
•Mengeluarkan lesen/permit beserta syaratnya sekali.
•Meningkatkan aktiviti penyelidikan,pembenihan dan penternakan Kelisa.
•Meningkatkan aktiviti penyebaran maklumat untuk mendidik orang awam mengenai pemuliharaan spesisi yang terancam ini.
Semoga langkah-langkah ini,membolehkan generasi akan datang mengenali spesis Kelisa serta menjadi komoditi eksport ikan hiasan utama negara di masa- akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...