Khamis, 5 April 2012

Hujan Oh Hujan.


Peristiwa memecut moto pagi tadi memang kelakar.Ceritanya bermula, tetap pukul 7.10pagi aku dah ready nak pergi kerja. Tengok langit macam nak hujan tapi ok aje. Aku terus capai helmet merah aku dan baju sejuk terus on suis dan start moto kriss kesayangan aku. Sebelum tu rumah, sudah aku pastikan berkunci. Masuk gear 1 terus jalan sampai pintu pagar, aku pastikan dikunci.Langkah keselamatan rumah sebelum keluar berkerja telah menjadi rutin harian aku time kerja la. So aku terus menunggang moto aku tu terus ke sekolah macam biasa. Macam biasa kawasan yang aku la..serkam..umbai..telok mas..alai..time sampai aku area kandang aku tengok langit dah gelap semacam aku (mcm dah hujan kat depan tu).Aku still relax menunggang. Sampai sahaja jambatan duyung aku lihat depan macam dah hujan..ALAMAK! Aku mana ada baju hujan..mcm mana ni mesti basah ini.Tanpa membuang masa dengan menggunakan kepakaran aku meREMPIT zaman remaja dulu digunakan..PECUT mcm nak GILA..kiri jalan aku lihat dah 2-3 mat moto tukar pakaian (baju hujan)lantak la mereka..aku terus dengan tujuan asal aku ..minyak aku pulas sampai habis..PECUT ALA MAT REMPIT BERLUMBA..Hujan semakin lebat..lagi lebat..lagi lebat..fikir aku alamak basahla aku hari ini..sudahla pakai baju melayu hari ini..TIBA-TIBA sampai sampai depan sekolah hujan x ade pun..HAMPEH..2KM aje hujannye..So aku xla basah sangat cuma kaki seluar aje basah sikit..nanti keringla tu. Apa pun HUJAN adalah RAHMAT dari-NYA.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...