Selasa, 29 Januari 2013

Rindukan EMIS dan Kamera

2013, portfolio aku telah berubah. Dulu aku full dipertanggungjawabkan tentang data EMIS tetapi kini telah dikurangkan fungsi tugasan tersebut cuma sebagai penyelia data EMIS kerana pihak kementerian telah menghantar kerani rintis media dan data (kontrak). Melaka adalah sebagai rintis untuk perjawatan tersebut (percubaan setahun). Maka kini tugas mengemaskinikan data sekolah telah aku serahkan kepadanya tetapi dengan pengawasan aku juga.10 tahun aku memegang jawatang sebagai Guru EMIS (data maklumat) pelbagai ragam dan bentuk program aku jumpa. Ini semua telah mematangkan aku.Kini jadual waktu aku telah berubah daripada 15 waktu kepada 23 waktu dan buat kali pertamanya dalam sejarah aku sebagai seorang pendidik diberi tugas mengajar Matematik tahun 1 pengukuhan. Seronok juga mengajar subjek Matematik ini.Jika sepuluh tahun lalu kerja aku banyak melibatkan tugasan pengkeranian, kini baru aku dapat rasa nikmat menjadi seorang guru dengan mengajar. Seterusnya portfolio unit HEM daripada unit buletin telah berubah kepada unit pengawas. Lebih kurang 9 tahun jugak aku sebagai ketua unit buletin. Satu perubahan yang aku inginkan dari dulu lagi. Majlis perlantikan pengawas 2013 telah aku sempurnakan pada 13 Jan 2013. Portfolio sebagai ketua panitia PJK masih tidak berubah.Tahun ini aku berazam akan menjadi ketua panitia yang berdedikasi terhadap pengurusan panitia ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...