Sabtu, 2 Februari 2013

Tabung Buluh

Tabung Buluh ini khas Aku buat untuk anak-anak kesayanganku. Tabung yang tinggi tu untuk anak sulungku iaitu Aina Najwa dan yang pendek sikit tu untuk anak kedua ku Aina Yasmin. Tabung Buluh merupakan tradisi menabung untuk kanak-kanak melayu zaman dahulu. Masa dahulu mana ada tabung-tabung duit yang macam sekarang. Sekarang mudah pergi ke Kedai 2 ringgit bersepah tabung dijual harga pun murah. Aku sukakan tradisi tabung buluh jadi Aku mahu anak-anak aku tahu tradisi tersebut. Sebenarnya guna tabung apa pun sama saja asalkan niatnya adalah untuk menabung untuk masa hadapan. Walaupun sepuluh sen sehari kalau lama-lama dikumpul nak beli kereta pun boleh tau. Selamat menabung ye anak-anakku. Jangan jadi Macam zaman kanak-kanakku, lineclear aje apa lagi ambil lidi korek tabungla buat beli aiscream dan keropok(Utara).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...